Friday, March 28, 2008

Iklan Lagi ... promosi sekali la ...

Lokasi : Bangi Mushroom http://bangimushroom.blogspot.com

Kena dera buat beg cendawan pada hari cuti hujung minggu ... Ini projek cendawan oleh suami ita serta adik-beradik dan kawan. Masa ni pekerja cuti ... tak pernah rasa macam mana nak buat beg cendawan ... ohh ... penat gak wat ... sebab bile dah masukkan campuran habuk kayu tu, kena ketuk-2 kat lantai bagi beg tu padat ... baru buat satu bancuhan dah lenguh tangan ... anak-anak pun dah pandai wat ... siap minta upah lagi ... anak yang kecik masa nii tengah tido ...










ini pekerja bawah umur ni !!!! yang baju belang biru tu adik ipar ita ... yang sama-sama wat proj
ek tanaman cendawan ngan suami ita ...
yang 3 orang tu nak menolong gak ... termasuk yang kecik tu ... larat ke nak angkat tu ... angah tak sampai tu , along tengok je ke ??
ni dah bukak tutup ni nak letak mana pak cik ? angah nabil bertanya kat pak ciknye .













Okey action !! nak ambik
gambar ni ... yang baju biru tu suami ita ... yang sebelah tu ita lah ... nak gak 'interprem'
selepas cendawan dipetik, mulutnye kena cuci dulu lepas tu tutup ... nak rehatkan selepas mengeluarkan cendawan













cendawan yang sedang mekar sebelum dipetik














Ini hasil selepas di petik ... cuci ... lepas tu buat sup cendawan ... emmm ... sedap makan masa masih panas ...











So ... sesiapa yang nak makan cendawan tiram yang segar ni boleh lah kunjungi bangimushroom atau untuk keterangan lanjut sila layari http://bangimushroom.blogspot.com

Tuesday, March 25, 2008

Kelas Cupcakes Hantaran dan Miniature Wedding Cake

Assalamualaikum wbt

Hari ahad lepas ita gi belajar kelas cupcakes tuk hantaran ngan kek kahwin kecik guna fondant dan gumpaste kat saujana utama ... belajar ngan lynn. Kelas yang mencabar kesabaran kitaorang yang tak mahir lagi dalam bidang mengubah bunga pakai 'gumpaste' ni ... kecoh ... suasana yang tak boring sebab kita ada penceria suasana ... kak dahlia. Amacam kengkawan sume ! dah cuba ke wat sendiri macam mana nak meng'uli' gumpaste tu ??? hik ... hik ... ita sendiri pun belum cuba. Hari isnin biasalah sibuk sikit . Sebab selalu weekend ita tak kemas rumah sangat. Bila dah kemas pun anak-anak buat sepah ... so hari isnin adalah hari untuk mengemas rumah. Balik rumah malam tu ita terus migrain. Sebab tekun sangat masa kat kelas tu. Sampai rumah dah kul 10.00 malam ... mandi pas tu makan ... rehat jap ... alamak ada barang tinggal la kat rumah lynn. Sebelum tido sempat lagi sms kat lynn tanya ada tak rolling pin ita kat sana ... ok ada. Pas tu terus tido ... penat tapi menyeronokkan ... sebab dapat kengkawan baru yang best ... ni ita serta gambar-gambar hasil dari kerja tangan ita ...












Aaaarrrggghhh !!!!! apa dah jadi kat cuppies topi ibu ni ??? ini yang ita jeritkan bila turun lepas mandi .... cuppies topi ni anak ita yang kecik tu yang dok cucuk ngan butterfly ... geram agaknye ... dah tak cantik topi ibu .... belumpun sempat amik gambo .






















Sori ler ... kualiti gambar yang kurang memuaskan ... kamera lama ... beli masa mula-mula kamera digital mula dipasaran ... dah berapa tahun tu ... kamera ni cuma 3.5 megapixel jer ... janji ada gambar kan ... nanti kalau dapat tempahan boleh kumpul duit beli kamera baru ... ooopppsss ... kena beli mixer dulu ... dah hint-hint kat suami nak hadiah mixer masa wedding anniversary nanti ...


** gambar dah di edit dgn ACDsee ... boleh la ... terang sikit

Monday, March 17, 2008

Projek Pertama - Wedding Cupcakes

Assalamualaikum wbt. Ini adalah projek pertama ita untuk majlis perkahwinan. Ita wat untuk majlis pernikahan makcik semalam (16 Mac 2008). Since ita dah belajar , ita watkan cuppies ni sebagai hadiah untuk makcik ita. Selamat Pengantin Baru 'Mak Lang' dan 'Pak Lang'.

Ita wat 8 design. Tengah syiok nak mendeko ... , setiap 25 pcs 1 design. Ita wat 200 pcs cuppies, dalam 1
kotak ada 25 pcs. Mula-mula wat roses. Mula mendeko pun dah pukul 3.00 petang. Siap mendeko untuk 200 biji jer pun habis kul 2.00 pagi. Gara-gara nak wat design pelbagai. Nak kena bancuh warna, tukar nozzle .... etc ... tu yang jadi lambat siap tu. Walaupun penat ... tapi seronok tengok hasil sendiri ... puas hati ... Terima kasih ita ucapkan kepada suami dan anak perempuan ita, Nadia , yang membantu. Nadia tolong masukkan cuppies yang telah siap di deko kel dalam bekas dan suami ita lak tolong hias dengan reben ... siap letak no tipon lagi tu ... nak promote sekali lah ....







































Yang ni lak, kek untuk pengantin . Juga wat sendiri.













Kat bawah ni gambo ita ngan anak ita, nadia yang tengah sibuk nak menyiapkan mendeko cuppies. Kalau tak silap masa ni dah kul 11.00 malam. Yang sebelah lak gambo dua orang anak lelaki ita yang juga tak tido-tido menunggu ibu nye siap mendeko ... kul 12.00 baru tido. Nadia tido kul 1.30 pagi.


Kelas Wedding Cake Decoration - Basketweave

Ini gambar kek yang ita deko di kelas Wedding Cake Decoration di Loveliana Cakes. Terima kasih kepada Ayu. Seronok sebab dapat pengalaman dan pelajaan baru dalam mendeko kek. Di samping dapat kawan baru. Penat tapi menyeronokkan.

Nama kek ni Basketweave with handle dan yang bawah tu Flower Basketweave.














Monday, March 3, 2008

Mencelah Sikit ...


Nak iklan jap. Ni ita nye hobi gak. Wat ribbon embroidery. Boleh wat untuk sarung kusyen, table runner, sarung kotak tisu dan banyak lagi. Setakat ni ni yang ita ada gambar. Yang lain tu terlupa nak ambik gambar. Ini ita wat cover untuk bekas barang-barang sulaman riben. Selain hobi terbaru ita , mendeko kek/cupcakes, ita ada banyak lagi hobi. Antaranya, mengumpul magnet fridge, kumpul shopping bag (esp kalau shopping kat butik dan yg cantik-2 ler)





Sun Flower Valley


Ini ita dapat idea masa tengok criter bob the builder ngan anak-anak. Anak ita yang kecik tu suka sangat ngan bunga. Tu yang tetiba nak wat cuppies sunflower ni.

Ultraman Tiga


Ini adalah permintaan anak ita yang kedua , Issac Nabil yang baru berhenti hisap susu botol. Dia minat sangat tengok ultraman tiga kat astro ceria. So, minta ita watkan kek gambar ultraman ni. Kek ita wat kek marble. Lepas dah siap deko kek ni, anak ita yang sulung dan yang kecik pun nak jugak. Ita cakap lepas habis makan kek ni baru boleh ita watkan. Nanti membazir wat banyak-banyak tapi tak makan. Insya Allah nanti ibu wat ye anak-anak. Kena pegi kelas full cake decoration ni.