Friday, October 31, 2008

. : Mix Cuppies episod 3 (24.10.08) : .

Mix Flavor Cupcakes di ode oleh officemate Kak Shikin (naber ita). Kak Shikin ode 4 set S - 25

Set 1 - S 25 pcs/box : Vanilla Cupcakes + Buttercream

Set 2 - S 25 pcs/box : Marble Cupcakes + Chocolate Buttercream
Set 3 (2 set) - S 25 pcs/box : Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese

. : SupermIni CuPpies Untuk CIMB Group (23.10.08) : .

Kak Shida aka Cikgu Shida ode 100 pcs - Chocolate Moist S/mini Cuppies.

. : ThAnk yOu TeaCher ! (23.10.08) : .

Kak Ani ode 3 set S 20 pcs/box - ChoCoLate MoISt CupCakes + ChoColaTe GanaChe.


. : FarEWell DiNner (22.10.08) : .

Kek ni tak di tempah oleh sesiapa, tapi ita buatkan khas untuk sahabat baik ita , Kak Ani yang akan mengikut suaminya bertugas di Sarawak. Syok dapat berjalan je kak Ani ni ... dulu duduk kat Sweden 4 tahun. Dapat gak ita jejak kaki ke sana. Kali ni gi Sarawak , leh la ita pegi jugak ... tunggu kedatangan kami ke sana ya ! So, sempena hari lahir kak Ani dan Abang Joe bulan Oktober ni, ita buatkan Carrot Walnut Cake + Cream Cheese. Trademark kek ita ni ialah yang bahagian tepi tu ita tempek-tempek kan jer cream cheese tu ... asyik rata jer ... boring la. Selepas entry ni akan dapat tengok kek ita akan di deko lebih kurang cam ni ... hi ... hi .. hi ... kecuali kek untuk hantaran kenalah wat cantik-2 dan rata ...
Yang ni untuk anak-anak kak ani yang ita pun sampai dah terlupa camne eja nama anak-anak kak ani ... dulu masa kat sweden selalu berutus email ... dah duk dekat ( kat bangi) jarang-2 tipon ... la ni dah duk kat Sarawak ... anak kak ani 4 orang perempuan , Natasha, Nadhira, Adrina dan Sofea. Yang Sofea lahir di Stockholm, Sweden. Ita buatkan S 20 pcs/box - ChoCoLate MoisT CupCakes + ChoColate GanaChe

. : BuTTerCup YeLLow TheMe CupCakes (21.10.08) : .

Yang ni bukan untuk hantaran , tapi untuk makan sesaja ... di tempah oleh Kak Izai dari Putrajaya. Kak Izai ode S 25 pcs/box - MarBle CupCakEs + BuTTerCreaM

. : ManChesTer UniTed (20.10.08) : .

S - 25 pcs/box - ChOColaTe MOist CupCAkes + BuTTeRCream, bertemakan bola sepak (sebenarnya moon nak gambar logo MU ... tak dapat nak lukis dan tak sempat nak tempah ... so , lukis je la gambar jersi MU ... hi ... hi ... hi ...) Alhamdulilah Moon , BF dan kengkawan suke ngan kapkek ita ni ... Terima kasih Moon, lepas ni leh ode lagi ...

. : Masih MOod RaYa (19.10.08) : .

S 25 - CHocoLate MoIst CuPcaKEs + ChoCoLate GanAche. Di tempah oleh biras ita untuk majlis raya tempat keje.

Wednesday, October 29, 2008

. : GreEn and BrOwn TheMe (18.10.08) : .

Hah ! Kad yang atas ni adalah senarai nama yang sama-sama menyumbangkan kapkek untuk buah tangan buat tetamu di majlis sambut menantu jiran umah ita, Impian Gemilang 1/3 ler ... seronok masa wat kapkek ni ... bukan ape riuh macam umah ita yang nak kenduri ... tapi tak lah semua yg datang sesama wat kapkek ni, tapi yg datang tolong pun dah macam sume datang tolong. Kepada yang turut sama membantu , terima kasih ita ucapkan. Lain kali leh tolong lagi ...
300 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Buttercream (Green)


300 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Buttercream

. : Majlis Hari Raya TCG (17.10.08) : .

Supermini Chocolate Moist Cupcakes untuk Majlis Hari Raya Tadika Cahaya Ku Gemilang (TCG) pada 17 Oktober 2008. Anak ita yang no dua, Issac Nabil.

. : Masih MOod RaYa (16.10.08) : .

Salam kepada semua ... sori ... maaf. Ita tak sempat nak updet blog ... sibuk sesangat. Kapkek ni di ode oleh Cik Mazlina untuk majlis hari raya di pejabat. Maz ode 3 set kapkek.

Set 1 : Supermini 36 pcs / box - Chocolate Moist Cupcakes with Chocolate Ganache
Set 2 : S 20 pcs - Marble Cupcakes with Chocolate Ganache
Set 3 : S 25 pcs - Carrot Walnut Cupcakes with Cream Cheese

Monday, October 13, 2008

. : Another Raya Cuppies (10/10/08) : .

Cuppies ni di tempah oleh naber sebelah umah ita untuk majlis sambutan hari raya di sekolah anaknya. S 36 pcs/box - ChoCoLAte MoiST CupCAkes wIth CHocoLAte GanAcHE


Yang buah tangan untuk staff BAN ... ari tu tak dapat nak makan kapkek IUB, so kebetulan ada extra hubby minta dekokan untuk staffnye ...

. : HanTaRAn CupPies (10/10/08) : .

Lagi cupcakes hantaran yang bertemakan biru ... tapi kali ni biru dan krim ... senang kerja ... tak payah bancuh warna banyak-banyak. hi ... hi ... hi ... yang ni di tempah oleh Iza dari Putrajaya untuk majlis pertunangan adik nya. S 25 pcs/box - ChoCOLate MOisT CupcAKes With ButTerCreAm


. : WeDding HaNTarAn CuPpiEs (10/10/08) : .

Cuppies ni di tempah oleh Farhana dari Bandar Baru Bangi kali kedua. Cupcakes Hantaran untuk kakak Farhana yang akan nikah pada malam hari jumaat. Tema Blue and Silver. Ita enjoy sangat buat cuppies ni ... S 36 pcs - ChOcOLAte MoIst CupCakES WitH BuTterCreAm


Yang ini, 150 pcs ChoCoLate MoiSt CupCakes wIth ChocOLate BuTteRcreAm ... di sebabkan cuppies ini untuk anak-anak yatim, so ita letakkan gula-gula di atasnya.

Sunday, October 12, 2008

. : IUB Hari Raya Gathering (8/10/08) : .

Hah ! ini tempahan cuppies yang buat ita tak tidur malam ... nak menyiapkan deko untuk 500 pcs cuppies dan menyiapkan 2 biji kek fondant yang bersaiz 14" begitu mencabar ... nasib baiklah kakak, sepupu dan suami turut membantu. Terima kasih along , atie and sayang.

IUB mengadakan Majlis Hari Raya pada 8 Oktober. Hari isnin dah mula membakar kapkek. 250 pcs ChoCoLAte MoIsT CupCAkes with ChOc GanAche. Deko logo IUB ...



Yang 250 pcs berikut, CaRrot WaLNut CupCaKes With CreAm CheEse, tema hari raya, ketupat la paling senang ...




Hah ! ini paling mencabar ... kali pertama buat kek sebesar 14" ... puas bertanya sana sini camne nak wat kek sebesar 14" ni ... thanks to Kak Zati ... kerana sudi memberi tunjuk ajar ... emm ... idea nak mendeko banyak kat kepala ... tapi ntah kenapa tak nak kuar lah plak ... mungkin di sebabkan badan dah penat sangat . Masa mendeko ni dah pukul 2.00 pagi ... nak menguli fondant satu hal ... nasib baik lah suami ku ringan tulang membantu. Mencabar betul masa nak menyalutkan fondant ni ... 2 kali kami menguli ... ini lah kesudahannya ...


Yang ini kek fondant yang kedua ... juga tak dapat nak mencurahkan idea banyak kerana masa dah suntuk ... kapkek masih banyak lagi nak di deko. Sepupu dah tidur jam 11.00 malam sebab dia masih bersekolah. Tinggal kakak ita jer mendeko ... yang jadi lambat sebab nak melukis dan menulis satu persatu kapkek tu ... Sebenarnya tak berapa puas hati, sebab simple sangat deko ni ... tapi nak buat camne kan ... tak cukup masa ... nasib baik IUB puas hati dan suka ... siap kata sayang nak potong ... kek yang kedua ni memang suami ita wat sorang ... masa ni kakak ita dah balik, so ita sambung lukis kapkek ...

Kapkek yang sedia untuk di deko ...


Yang sebelah kiri tu kakak ita dan yang sebelah kanan sepupu ita. Dorang datang lepas zuhur ... masa tu lum mula mendeko lagi ... masa ni ita masih sibuk membakar kek lagi ...

Ni muka orang dah penat ... cian along ... ingat dapat siap sebelum kul 12.00 malam dan nak balik Sg Buloh malam tu ... tapi kerana kesian kat ita, dia teruskan gak sampai terlupa nak tipon mak ... akhirnya kakak ita balik pukul 5.00 pagi ... di sebabkan sepupu ita tu sekolah , kalau tak tunggu sampai siap ... minggu ni memang penat betul ... dari sebelum puasa tu tak berhenti membakar kek, masa raya pun tak dapat rehat betul ... pegi beraya ke rumah sanak saudara ... tahun ni pun tak dapat tolong mak masak, sebab petang raya masih kat kajang mengemas rumah. Ampun mak ... nasib baik mak memahami.