Kapkek ni ita buat kawan ita yang baru 10 hari melahirkan bayi perempuan. Finally ... dah ada dua orang hero, Aiman dan Iman ... akhirnya dapat gak anak peremapuan yang di beri nama Marisa Qaisara , kalau tak silap ita la ... emmm ... tapi ibu dalam pantang tak boleh makan kapkek ni lagi ... ita buat untuk orang yang tak berpantang je tau ... To Ayie (Hezry) tahniah ita ucapkan ... my pren ... sebenarnya ada dua tiga orang kawan ita (kawan masa kerja) yang sesama mengandung ni ... macam plan jer dorang ni yek ... mentang-mentang satu opis. Tapi nasib baik tak bersalin serentak ... mau pening kepala bos-bos kat opis ... coz yang mengandung ni sume secretary dan pembantu bos ni ... hi hi hi ... kalau ita kerja lagi satu opis ngan dorang ni , mau berjangkit gak ni ... 
Kapkek ni untuk jamuan perpisahan Tadika Cahaya Ku Gemilang (TCG) yang sepatutnya di bawa pada 14 November. Di sebabkan nak balik umah mak ita (sg buloh) sebab sibuk nak buat persiapan kenduri doa selamat mak n abah yang nak berlepas ke tanah suci, so anak-anak ita dah cuti awal sehari. 13 November tu kira last day buat Nabil di TCG. Tahun depan dah darjah 1. Ita buatkan set S 25 pcs/box - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. Terima kasih kepada semua pendidik TCG. 
Shaja dari Puchong ode kek tema Ultraman ... Kek Butter + Buttercream 
Inilah dua orang insan yang telah membawa ita ke dunia ini, mak dan abah. Selamat menyambut hari lahir yang ke 59 buat mak dan abah. Hari lahir mak jatuh pada 5 November 2008. Maaf mak tak dapat balik masa tu dan tak dapat belikan hadiah untuk mak. Apa pun hadiah yang paling bermakna buat mak dan abah bila pada tarikh 5 November , mak dan abah terima surat dari Tabung Haji. Alhamdulillah. Tercapai hasrat dan cita-cita mak dan abah untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini. So, sekarang ni pun mak dan abah dah pun berada di Makkah. Hari lahir abah jatuh pada 16 Disember 2008 dan nampaknya sambut di sana la. So, we all sambut awal di malaysia. Ita buatkan mak dan abah, Raisin Walnut Cake tanpa topping. 
Kapkek ni di ode oleh kawan kepada Mazlina. Set S 20 pcs/box - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. Kawan Mazlina ni india, Ammama bermaksud 'mak' or 'nenek'.
Kak Izai ode untuk anak perempuan kak izai, untuk makan-makan je ... sebab tak puas makan masa birthday hubby kak izai aritu ... thanks kak izai for the compliments ... ita pun puas bila customer suka ngan kapkek dan puas hati dengan hasil 'seni' ita ni ... thanks again kak izai ... for the next ode ita akan cuba wat deko yang lain lak ye ... 
Kapkek ni untuk anak ita sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah dan juga jamuan perpisahan bagi tahun persekolahn 2008. Set yang pertama ni Supermini 36 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache. Untuk Nadia dan teman-teman sekelasnya.
Set kedua , S 20 pcs/box - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache. Untuk guru-guru kelas sebagai tanda terima kasih.