Thursday, January 29, 2009

. : diSney pRiNcess tHeme (25.1.09) : .

Awa dari Sg Kantan, Kajang ode kek saiz 10" - Chocolate Moist Cake + Ganache. Nak tema disney princess dan kalau boleh tak nak edible image, nak yang lukis .... ha tu dia ... princess tak tak berapa jadik ... masa tengah dok deko kek ni, Awa dan sms nak datang amik ... alamak, masa ni kapkek lum di sapu topping pun ... ala kata amik kul 3 petang .... fuh nasib baik Awa kata ok ... sebenarnya umah ita ngan sg kantan tu dekat ja ... cam belakang umah ja ...

masa bancuh kaler pink utk dress princess ni dah nampak cam pekat ... bila dah letak atas kek nampak pucat lak .... emmm ....okey la tu ...

bahagian tepi ita tempek-tempek dan taburkan dengan bunga-bunga kecil ... berlainan kaler .

Yang ini set Mini 36 pcs - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. Deko princess crown .


. : GrEEn aND wHIte thEme (25.1.09) : .

Afizah dari balakong ode set hantaran tema kaler "Green And White". Saiz M 16 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Ganache + Fondant.


set yang ini untuk makan-makan aje .... S 25 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Ganache + Gumpaste Flower

. : Adhoc Order (24.1.09) : .

Shana ni antara customer ita yang memula dulu ... dah lama tak dengar cerita, tup tup ari tu dapat tipon dari Shana. Anak Shana nak makan cupcakes ... kebetulan Shana nak ke Serdang, tu yang meng'ode' cupcakes ni .... sib baik memang ada wat cupcakes chocolate ari tu ...

Shana nak 20 pcs je ... Chocolate Moist Cupcakes + Ganache

. : Gong Xi Fa Cai (24.10.09) : .

Hanim, satu pejabat ngan kak izai, ode 2 set S 25 pcs - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. 1 set yang bertemakan Gong Xi Fa Cai ni untuk buah tangan jiran yang menyambut Tahun Baru Cina.


satu set lagi untuk makan-makan aje ...


. : Cream and Maroon (24.1.09) : .

Alhamdulillah ... ada jugak yang nak set hantaran ni. Terima kasih kak Su, itanye regular customer ... yang kebetulan anak buah bertunang. Walaupun tema sebenarnye kaler coklat ... dan bukan tu aja, ada 2 3 orang lagi yang bertanyakan set hantaran ni ...





. : siLver and wHite CupcaKes , 2 tiEr FonDant cAke (23.1.09) :.

Salam semua ... maaf lama tak apdet ... sibuk nak raya ... hi hi hi ... weekend lepas memang sibuk .Pastu balik kampung Melaka, so tak sempat nak apdet. Ni antara projek minggu lepas ...

Erin dari bandar baru bangi ode 2 set untuk hantaran, kedua-dua belah pihak. Yang pertama ni set M 14 pcs - Marble Cupcakes + Chocolate Buttercream + Fondant. Bertemakan "Silver and White ". Erin yang minta deko yang simple cam ni ... dan letakkan huruf S & A warna merah dan bentuk hati warna merah juga.

Erin akan letak cupcakes ni di dalam bekas hexagon ...

Ni 2 tier Fondant Cake yang bertemakan "Pink & White". Deko yang simple juga , cuma letak reben pink .... design oleh Erin sendiri.

Ada tambahan sebelum Erin datang amik kek ni. Ita letak bunga kecil yang di tabur di bahagian bawah kek ... warna pink jugak ...

yang ini pulak untuk buah tangan para tetamu jemputan ... masih lagi tema "Pink & White"

Yang ini untuk anak buah Erin, Dania ...


Akhir sekali, kak Its nak ucapkan Selamat Bertunang kepada Erin dan Fairul .

Thursday, January 22, 2009

. : Lelong !!! (22.1.09) : .

"Saya cancel order la kak ita" ... tarik nafas panjang bila dapat sms pagi ni ... yang buat ita geram, order ni last minute ... nak ari sabtu ni. Ita sememangnye dah bz ngan ode yang lain tapi ambik jugak sebab kesian. Nak tempah siap ngan deko cam bawah ni, tapi tak jadi ... so , kepada sesiapa yang bakal bertunang atau nak nikah ke yang tema 'Cream and Maroon' dan berminat dengan deko ini sila sms or tipon ita ye ... sayang, dah beli tapi tak di gunakan. So ... lepas ni "no more last minute order untuk hantaran cam ni" ...
dalamnye boleh muat untuk kapkek saiz S - 25 pcs dan M 16 pcs. Deko fondant or buttercream.

dah banyak masa terbuang mengulit bebunga ni dan separuh di beli siap .... masa keluar membeli barang-barang ... sedangkan banyak lagi yang ita kena buat untuk ode-ode yang lain.

yang kat bawah ni bukan milik sesiapa ... tapi memang ada extra kat umah. Kalau nak tema "Pink and White" , boleh la tempah ...


Maaf sangat-sangat ... bukan ita nak marah cuma nak meluahkan perasaan ja ni ... harap jangan kecik hati ... lepas ni untuk ode yang siap deko cam ni ita nak minta deposit ya ...

. : jOm mAkan ! (21.1.09) : .

Affan dari bandar baru bangi ode Set Mini 25 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Ganache . Saja untuk makan-makan dan nak rasa ... ita hepi bila affan sms yang dia sukeee sangat . Tapi sori coz tau tau ORB tu apa, so deko je la bebunga ... sorry affan . Kak ita tak tau affan ni lelaki.


Tuesday, January 20, 2009

. : BarBie doLL cAke paRt 3 (17.109) : .

This is my third barbie cake ... kali ni skirt barbie ni ita deko guna Buttercream ... seperti yang di minta oleh Linda ... tema Pink and White ... pas tu nak ada bebunga dan butterfly ... so enjoy the pic ... hi hi hi



. : cHocoLate StraWberRy cupCakes (17.1.09) : .

Amal dari Putrajaya ode set S 16 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Ganache + Fresh Strawberry.



. : uLTraman tiGa (17.1.09) : .

kek tema ultraman tiga ni di ode oleh Kak Sham dari Bandar Baru Bangi ... puas mencari dan menyelongkar almari anak ita coz nak carik gambar ultraman ni ... sebelum ni rasanye banyak gambar dan sticker gambar ultraman, tapi time nak guna tak jumpa lak ... nasib baik terjumpa satu ...
Carrot Walnut Cake + Cream Cheese + Buttercream
10 " or 1 1/2 recipes

. : suRpriSe cuPcakEs fOr FaTiha (16.1.09) : .

Salam ...

yang ini set cuppies untuk fatiha dan mama (kak izai) ... tahun ni fatiha akan duduki UPSR ... since kak izai pernah bagitau teringin nak cupcakes fondant deco tapi tak tau untuk majlis apa, so, ita offer kat kak izai kali ni buat fondant deco ... kak iza nak yang berwarna-warni tapi dalam warna yang pastel ... dan ita enjoy sangat wat cuppies ni ... dan macam biasa, kak Iza order set S 25 pcs - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese + Fondant

hi hi hi ... bee ni tak lah secomel bee yang Rani buat ... x sempat nak berguru ngan Rani ...




Thursday, January 15, 2009

. : RSS Dolly : .


Eeee .... seronoknye dah ada Dolly ... cute tak ? berminat ? sila la lawati laman blog Emila.

. : guLa dAn mEnteGa fiRst aNniVersaRy : .

Bulan Januari ni , genapla setahun ita menceburi bidang 'baking' ni ... so, ita nak ucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua customer or pelanggan ita/guladanmentega. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang di berikan. Ita harap agar terus mendapat sokongan dari anda semua. Segala kritikan atau pandangan untuk dekorasi, kek atau kapkek flavor amat di alu-alukan. Kepada kengkawan yang sama-sama mengusahakan bisnes kek dari rumah, nak kongsi rahsia kejayaan, tip-tip ka ... lagi-lagi amat di alu-alukan ... hi hi hi ... sama-sama lah kita berjaya ...
Hah ! ini adalah my first 2 tier kek ... fondant + figurine ... yang duduk pakai baju pink tu ita la kot ...


kat atas kek tu ada figurine kek, kapkek, pai dan tartlet ...