Wednesday, December 16, 2009

Special Announcement


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan serta pengunjung tetap GDM @ 'Follower'.

Di sini ita ingin memaklumkan bahawa GDM tidak dapat menerima sebarang tempahan bermula dari 15 Disember 2009. Ini kerana ita bakal melahirkan bayi pada bulan Januari akan datang. Insya allah, GDM akan mula mengambil tempahan selepas habis tempoh berpantang @ betul-betul sihat.
Insya allah ... bulan Mac la kot ... hik hik hik


Sempena tahun baru yang bakal tiba, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan GDM dan ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah faham di dalam urusan jual beli sepanjang tahun ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada semua pengunjung tetap @ 'follower' yang setiap hari sudi singgah di blog GDM ini.

Akhir kata, doakanlah ita selamat melahirkan bayi ita ini
dan terima kasih kepada yang telah mendoakan.


* p/s : jangan risau ya ! ... ita bukan nak tutup kedai terus ... cuma cuti sementara ... ita juga akan sentiasa meng'update' segala cerita atau perkembangan di blog ini ...

Wassalam ...

Sunday, December 13, 2009

.: my last order for this year ! ... :.


ni tempahan akhir buat tahun ini .... di ode oleh Ziera, jiran setaman ita gak ... nak rasa cupcakes ita katanya untuk majlisnya tahun depan ...


set Medium 16 pcs - Vanilla + Buttercream


Terima kasih Ziera ... kalau nak ode tahun depan, insya allah bulan March akan mula terima tempahan ya Ziera ....

.: my dearest honney bear :.


antara tempahan akhir sebelum mula cuti ... di ode oleh Lin dari Putrajaya ... just for makan-makan ... nak deko handphone , laptop dan red love ... sebenarnya dah tak larat nak melukis dah ni ... semput di buatnya ... cuma dapat buat yang ini ajer ... sori ya lin ... yang handphone tu handphone blackberry tau ! ...


set Large 25 pcs - Carrot Walnut + Cream Cheese + Buttercream



set Small 16 pcs - Lemon Chocolate Chip + Buttercream


Terima kasih Lin ....

.: wedding doorgift :.


ni antara projek besar untuk tahun ini sebelum ita tutup kedai sementara waktu ... untuk cuti rehat dan cuti bersalin ...

terima kasih banyak-banyak buat suami tercinta dan kakak tersayang kerana telah bertungkus lumus membantu ita ... serta tak lupa anak-anak yang juga turut membantu ...



wedding doorgift 1500 pcs - Chocolate Moist + Buttercream + Gumpaste Flower




Terima kasih Fafa dan Selamat Pengantin Baru , semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin

.: happy birthday Haikal :.


cikgu Rosni ode kek birthday tema Tom & Jerry ...

ni antara tempahan di minggu akhir sebelum ita mula cuti rehat ... huk huk huk ... sebab dah tak larat ita cuma dapat wat deko yang sangat simple untuk birthday kek ni ... alhamdulilah walupun simple , ita lega coz cikgu Rosni tetap gembira coa ita dapat buatkan jugak kek birthday anaknya ini ...




cuppies yang sangat lembut warnanya ni cikgu Rosni ode sebagai hadiah buat rakan karib yang merangkap kakak angkatnya .... minta tema kaler Pink + Brown + White ...




Terima kasih banyak-banyak Cikgu Rosni kerana memahami keadaan ita ... so sori coz tak dapat buatkan apple pie dan oreo cheese cake ... insya allah , tahun depan lepas abis pantang ita buatkan ya ! ... apa pun terima kasih sekali lagi ...

.: yellow theme hantaran :.


cupcakes hantaran yang bertemakan kaler kuning ni di ode oleh Nahra sebagai hadiah buat seorang teman yang melangsungkan majlis pertunangan ... dalam cuaca yang tak menentu ni, tak dapat la ita nak buat bunga roses ... coz if buat roses bunga tu lambat keras ...




"opppssss .... tersilap nama la kak ngah !" bila nahra buka kotak cuppies ni ... 'faizal' bukan 'faisal' ... hik hik hik ... so sori la dear ... tak perasan ... tapi nasib baik satu huruf ajer, sempat la ita tukar ...


Thank you Nahra ....

.: blue + yellow theme hantaran :.


cuppies ordered by Kak Lina, my naber ... buat hantaran sepupu yang melangsungkan majlis pernikahan ...


set Small 16 pcs - Chocolate Moist + Ganache + Buttercream



set Small 16 pcs - Carrot Walnut + Cream Cheese + Buttercream


Terima kasih Kak Lina ....

.: sailor theme cuppies :.


cuppies tema sailor ni di ode oleh Nana untuk orang yang tersayang ... minta tema Sailor ... untuk deko pula nana minta separuh guna fondant dan yang lain drawing ajer ...




Terima kasih Nana .... dan kak ita pun gembira bila dengar si dia suka ...

.: happy birthday Hafiz ... :.


cuppies ordered by Zafirah ... 3 tema yang berlainan ...


set 1 Small 16 pcs - Chocolate Moist + Ganache + Buttercream. Tema Tennis + Auditor




set 2 Small 16 pcs - Chocolate Moist + Ganache + Buttercream. Tema Books in red & white



set 3 Small 16 pcs - Carrot Walnut + Cream Cheese + Buttercream. Tema colourful ....


Terima kasih Zafirah ... so sori dear ya ... kak ita cuma dapat wat yang simple drawing ajer ... tak larat dah dengan perut yang semakin membesar ni ...

.: white + blue birthday cuppies :.

ordered by Salina ... sempena hari lahir Salina , belanja kawan-2 makan cuppies ... minta deko tema kaler putih dan biru ... Happy Belated Birthday ... sori lambat publish gambar cuppies Salina ...


set Medium 36 pcs - Vanilla + Buttercream



Terima kasih Salina ....

Wednesday, December 2, 2009

.: naughty wedding serries ... :.


yeay !!!! dapat gak buat figures bride & groom ni .... cuppies hantaran ni di ode oleh my return customer , Natasya untuk hantaran majlis pernikahannya hari ini .... nak deko yang lain dari kebiasaan hantaran yang ita pernah buat ... nak naughty wedding serries ... tapi tak la noty sangat ... yang tu kalau extra naughty ... hik hik hik .... Tasya minta buat bride & groom, ada lovey dovey , noty-2 sikit ... dan yang berkaitan dengan perkahwinan ....


dari baris pertama tu , ita buat figure untuk set hantaran, baris kedua bride & groom nak bersanding & lovey dovey ... hah ! yang baris bawah tu, bila dah sah menjadi suami isteri ... pikir la sendiri ya !!!!


set bride & groom ni pakai tux & gown untuk majlis potong cake la kononnya ... ha ha ha ...


figure set hantaran dari pihak lelaki untuk pihak perempuan ...


sebelum dan selepas .... 18 sx tuh .... pikir sendiri la ya !


set kedua ni cuppies hantaran dari Tasya untuk Azlan ....


bride & groom pakai baju persandingan melayu ... baju melayu & kebaya tu ...


figure set hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki ... wah ! ada laptop apple tu ...


sebelum dan selepas .... har har har ...


perkataan pertama yang terkeluar bila bakal suami tasya ni sebut masa amik cuppies ni "mak oiii !!!! seksi nya ..... "

Kepada kedua mempelai , Tasya dan Azlan yang akan melangsungkan pernikahan petang ni , kak ita ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kalian bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin ... dan untuk jemputan ke Majlis resepsi malam ni, insya allah if kak ita larat kak ita datang ya ....

.: pink + peach + green :.


kek hantaran ni di ode oleh sepupu ita dari Jemari Kreatif ... untuk customer JK yang menempah set hantaran dan kek JK tempah ngan ita plak ... nama customer ni Nizam, minta kek bentuk 'love' ... tema kaler gabungan Pink + Peach + Green ....




cuppies ni juga untuk hantaran .... masih tema kaler yang sama ....


set Medium 25 pcs - Vanilla Cupcakes + Buttercream


Terima kasih Jemari Kreatif ... harap semua okey ari tu ...