Wednesday, February 27, 2008


Ini pula cuppies yang ita buatkan khas untuk anak buah ita yang suka sangat dengan warna 'pink'. Tak kisah bentuk apa, asalkan warna 'pink'. Nama manja dia chicha atau Arissa Naurah , umur 5 tahun.

Ini cuppies ita buat untuk anak kak lina (jiran) yang dapat tawaran MRSM.

Ini carrot cake with cream cheese frosting. Ini pun untuk kakak ipar aka kak long.

Ini cuppies yang ita buat untuk kakak ipar ita. Kira nak promosi lah gitu.

Ini atas permintaan anak-anak. Idea belum mai lagi. Ini jer yang ader ari tu. Nasib baik anak-anak suka.

Ini hasil selepas mencuba pelbagai resepi buttercream untuk mendapatkan dekorasi yang 'sharp' seperti bunga dan daun. Cantik dan puas hati. Itulah gunanya internet. Ita banyak merujuk resepi melalui blog dan forum dalam dan luar negara.








Ini hasil yang kedua.

First Cupcakes




Inilah hasil kretiviti menghias cupcakes sebelum mengikuti kelas hands-on cupcakes decorating


Ini simple deco. Tapi nampak cantik gak ! kan !

Tuesday, February 26, 2008

Hi Kengkawan ! ... Hobi Baru Ita

Assalammualaikum wbt.

Hi ! Kengkawan semua. Apa khabar ? Hah ! Ita nak bagitau kat semua yang Ita sekarang ada hobi baru. "Baking and Cake Decorating". Kepada kengkawan bolehlah mencuba hobi baru Ita ni. Dulu tak pandai nak wat kek. Tapi bila anak-anak dah besar dah pandai demand, so kenalah buat jugak. Lagi pun minat gak nak menghias kek. Bila dah siap dan tengok hasilnya jadi puas, seronok. Menjadi jugak hasil kreativiti sendiri. Anak-anak pun suka.Nak tempah ? Tentu boleh.