Showing posts with label Fondant Cake. Show all posts
Showing posts with label Fondant Cake. Show all posts

Monday, June 29, 2009

.: Bronze + White ... Green + White :.


di tempah oleh Izyani untuk majlis potong kek di hari perkahwinannya yang bertemakan Bronze + White ... SELAMAT PENGANTIN BARU YANI & SAIFUL ... semuga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin




yang ini untuk hantaran ...



yang ini cupcakes tiers ngan 'gift box' kek yang tema Bronze + White ... hu hu hu ekceli ita tak pernah wat swirl untuk cupcakes .... tapi ini yang di minta oleh Yani ...


yang ni untuk makan-makan ...


Terima kasih Yani ....

Thursday, June 11, 2009

.: it's for you Tun Dr. M :.

kek ni adalah untuk orang paling istimewa sekali untuk ita dan semua rakyat malaysia ... berdebar dan rasa terketar-ketar lutut ni rasanya bila suami Fifi , Mr Feriz Omar nak ode kek istimewa untuk Tun Dr. M .... dekonya dah tentu berkaitan dengan sumbangan Tun ... kalau nak letak atas kek ni memang banyak ... tak muat kot ... hik hik hik ... since ita pun agak sibuk ngan ode yang lain, so ita dapat buat deko yang simple ni je. alhamdulillah Fifi dan Feriz suka. Harapnya Tun pun suka la hendaknya ...






Terima kasih Fifi dan Feriz .... nice knowing both of you ... sweet & nice couple ...

Monday, April 27, 2009

.: pRincess Nia's gArden ... :.


Princess Nia Karlyysa !!!! ni buah hati kepada pasangan Tini dan Cat Farish yang menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama .... memula Tini nak wat tema barbie doll untuk kek dan 1 set cuppies animal theme dan 1 set cuppies tema disney princess pada mulanya ... tetiba timbul idea nak wat tema Princess & Garden ... dan 1 set cuppies tema disney princesss ita kekalkan , cuma amik watak cindarela aje ... bila ita tanya Tini, diz cakap "apa-apa pun janji cantik !!!!" .... so ita tanya lagi "kalau wat fondant pun ok ke ?" ... "tak kisah ! ... janji cantik ! dan tema kaler purple ... " . senang sikit bila dan cakap camtu .... so ita pun mulalah melakar-lakar idea .... so inilah hasilnya ....


fuh !!! sebenarnya banyak gambar yang ita snap ... dari pelbagai sudut .... dan tak tau mana nak pilih untuk publish kat blog ni ...


baju ni memula nak wat fesyen lain ... bape kali dok uli dan canai ... akhirnya ....


untuk based yang kaler hijau tu, ita cuma tekan-tekankan aje fondant kat kek board tu ... tak nak rata sangat .... nak dapatkan effect rumput konon ... hik hik hik ... siap wat pagar lagik ... yang rumput cam lalang keliling kek tu lagik senang nak wat, cuma potong dan lekat ... then buh la cam batu-batu ...


nak menguatkan lagi struktur nama yang ita tegakkan dan lekatkan kat based tu, ita susunkan bunga kecil dan daun ....

so ni la dia no 1 yang Tini minta ... Nia Karlyssa is 1


okey .... yang ni set cupcakes tema Garden & Bugs .... tak sempat nak wat bebanyak bugs tu ... masa tak cukup .... percaya tak ? ita wat sume tu satu malam aje .... dari pagi ari sabtu sampai awal pagi (4.30 a.m) ari ahad tu, then tidur kejap dan sambung lagi kul 8.00 pagi tu ... termasuklah nak menekan-nekan pastry dan mendeko cuppies ... fuh !!!! memang mencabar ... tapi bila dah lihat hasil, sungguh memuaskan hati ita .... harap dapat menceriakan lagi majlis Tini & Cat ...


peek a boo ! peek a boo ! main peek a boo lak si Bee ni ...


aik !!! lady bird ni pun main 'peek a boo' ... owhh !!! main ngan cik Bee ...



cik siput ni nak ke mana lak tu ??? tinggalkan cendawan ....



yang ni set cuppies yang tema Princess cindarella .... masih kekalkan tema kaler purple tu, ita wat dot dot kombinasi kaler pink & purple ... sweet huh !!!!



yang ni lak untuk Dato' Zaleha ... ibu kepada Tini



Terima kasih kepada Dato' Zaleha, Tini & Cat Farish ...

Thursday, January 15, 2009

. : guLa dAn mEnteGa fiRst aNniVersaRy : .

Bulan Januari ni , genapla setahun ita menceburi bidang 'baking' ni ... so, ita nak ucapkan Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua customer or pelanggan ita/guladanmentega. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang di berikan. Ita harap agar terus mendapat sokongan dari anda semua. Segala kritikan atau pandangan untuk dekorasi, kek atau kapkek flavor amat di alu-alukan. Kepada kengkawan yang sama-sama mengusahakan bisnes kek dari rumah, nak kongsi rahsia kejayaan, tip-tip ka ... lagi-lagi amat di alu-alukan ... hi hi hi ... sama-sama lah kita berjaya ...
Hah ! ini adalah my first 2 tier kek ... fondant + figurine ... yang duduk pakai baju pink tu ita la kot ...


kat atas kek tu ada figurine kek, kapkek, pai dan tartlet ...


Monday, December 22, 2008

. : Pink , White dan Maroon Theme Fondant Cake (19.12.08) : .

Emmm ... baru ja dapat rehatkan minda di Langkawi, balik ja dah bermain tepung lagi di dapu kuning ku ... Sue dari IUB ode kek fondant untuk majlis pertunangannya ... idea deko adalah dari Sue sendiri yang minta ita watkan ...
9" Round Chocolate Moist cake ( 1 1/2 recipes)
Chocolate Ganache
Fondant + Gumpaste Flower + Royal Icing



Monday, December 1, 2008

. : Fondant Cake for Hantaran (26.11.2008) : .

My second fondant cake with royal icing flower. Ode dari Nora.
Vanilla / Butter Cake
1 Recipe / 8 " Size
Buttercream + Fondant + Royal Icing


Tuesday, August 26, 2008

. : My First Fondant Cake : . (22.08.08)

Salam. Hah ! ini projek pertama ita menghasilkan sendiri WeDDinG fOnDanT CakE wItH RoyAL iCinNG fLOweR . Berdebar bila kawan ita, Nora @ nurhampers oder kek fondant ni untuk customer dia. Risau samada boleh buat ka tak boleh buat ka ... kecut perut dibuatnya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Thanks kepada kengkawan yang bagi sokongan. Hah ! lepas ni dah konfiden nak buat kek fondant.

Nora mintak ita buatkan sebiji macam yang ita belajar ngan lynn tu, cuma nak setingkat je. Bunga royal icing dah ita siapkan 2 hari sebelum. Order ni adalah sama hari dengan order dari ita. Nasib baik sempat menyiapkan kedua-dua order ni.