Friday, May 30, 2008

Birthday Cake & Naruto Cake

Carrot Cake lagi !!! yang ni pulak ita buatkan untuk birthday biras ita, dia pun dah selalu buat kek coklat, so, ita buatkan carot cake tuk besday dia ... kitaorang berdua ni sebaya ...

Kek gambar naruto ni lak adalah untuk 2 orang anak buah ita yang akan berkhatan beramai-ramai anjuran hospital dan sekolah ... sebelum berpantang, fikri dan irfan mintak mak ngah dia buatkan kek coklat ... so ni la hasilnye ... cantik tak ita lukis naruto tu ... tiru colouring book anak ita ... anak ita cakap kelakar nye mata dia ... macam nak terkeluar ... sebab, mula-2 ita wat matanye warna putih ... nabil cakap salah la bu ! mata naruto tu warna biru ... manalah ibu nak tau ... tak pernah tengok ... apa pun kenalah tambah je warna biru kat atas warna putih ... tu yang nampak mata macam nak terkeluar ... okay la tu !

Teacher's Day Cake / Carrot Cake

Ini ita buatkan carrot cake untuk sambutan hari guru di tadika anak kedua ita, Issac Nabil sebelum cuti sekolah ari tu ... harap cikgu-cikgu suka ... lepas ni, apa-apa majlis yang sekolah wat dan mintak sumbang makanan, kek je la yang ita akan bagi .... hik 3x ... makin comel cikgu-2 tadika nabil nanti ....


* Ha ! ita dah berjaya mendapatkan warna merah menyala macam cili merah !!! rupanye kena 'peram' buttercream ni ... baru dapat warna yang terang macam ni .... tgk la tulisan tu ... emmm warna carrot tu macam dah nak sama ngan warna tulisan lak ... ni carrot cake ke ? chilli cake ? hik 3x ...

Birthday Cake

Kek ni ita buat pada hari yang sama ita wat shepperd pie ngan cheese cake tu ... ari tu public holiday, so ingat tak de tempahan nak update blog dan rehat-rehat ... kring .... kring ... dalam kul 1.30 petang ada orang menalipon ita nak tempah besday kek tuk anak buah dia ... emmm .. nak petang tu gak ... nasib baik yang ode tu sedara kan ... tengah mengandung lak tu, so buat la jugak ... nasib baik barang-barang pun sume ada ... dia nak kek coklat ngan choc ganache ... mula-mula ita plan nak lukis dora kat atas kek tu ... konon nak tunjuk bakat melukis la kan !!! tapi di sebabkan masa yang tak cukup panjang tuk ita yg baru nak try lukis , so, hubby kata letak jer la gamba ... nak carik gamba dora dah abis ... so ini je la yang ada tuk besday girl ... dalam keadaan kelam kabut, ni lah hasilnye ... gamba kek ni hubby yang amik coz masa ni ita tengah mandi ... lepas dah bersiap dan turun tengok kek dah duk dalam kotak ... tanya hubby 'dah amik gamba ke ?" ... hubby kata 'dah', so tanpa berlengah masa kitaorang pun terus masuk dalam keta dan menuju ke rumah biras ita ni kat bangi ... hope besday girl and family puas hati yek !! oh ya ! biras ita yang ode kek tu dah pun selamat melahirkan anak lelaki pada 26 Mei yang lalu ...

Shepperd Pie & Chilled Oreo Cheese Cake

Salam semua ... lama tak bersua ... tak tau bz wat ape ... order tak banyak sangat, tapi tak de masa nak up-date ... ok, ni dah lama amik gambar tak sempat nak upload. Ita wat shepperd pie tu utk breakfast dan gambar yang bawahnye lak chilled oreo cheese cake, buat pada malam nye ... baru nak mencuba resepi ... sedap ...


Friday, May 16, 2008

Happy Teacher's Day

Salam semua , SELAMAT HARI GURU / HAPPY TEACHER'S DAY kepada semua para guru, cikgu-cikgu, pendidik, pensyarah ... dan yang sewaktu dengannya. Jasa mu tetap ku kenang.

Ini adalah cuppies yang ita buatkan untuk pengetua sekolah anak ita , Pn Azimah, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Saujana Impian, KajangIni pula cuppies yang ita buatkan untuk cikgu-cikgu tadika nabil, Tadika Cahayaku Gemilang
Ini pula cuppies untuk guru kelas nadia, Puan Norozie
Ini pula cuppies yang di tempah oleh kakak ita untuk anak buah ita yang sulong, Muhammad Amirul Fikri, 10 tahun

Yang ini untuk anak kakak ita yang kedua, Muhammad Amirul Irfan, 9 tahun

Yang ini pula untuk anak yang ketiga, Nur Natasha Athirah, 8 tahun

Hah ! cute tak yang ini ... seronok bermain ngan gumpaste ... tengah buat bunga gumpaste tu hantaran, tiba-2 datang idea nak buat ni khas untuk cikgu ...

Cupcakes utk Hantaran Pertunangan

Salam semua. Ini cupcakes yang di tempah oleh Raihan dari Putrajaya untuk majlis pertunangan beliau pada 17 Mei ... yang akan di adakan di Kluang , Johor. Harap Raihan puas hati dan kak ita harapkan semuga majlis akan berjalan lancar . Tema majlis ini ialah 'warna krim' dan merah ...

SELAMAT BERTUNANG kepada Raihan dan bakal tunang.



Ini deko yang sama untuk cupcakes hantaran Raihan, cuma warna je yang berbeza ... okey tak sifu lynn ??


Cupcakes for Hidangan Ummi

Hi semua ... macam post yang lepas, ini cuppies tuk hidangan ummi ... ita buat ikut resepi baru yang ita belajar ngan chef alan tu, marble cupcakes ... sedap sangat .. mula-mula ita nak buat swirl warna coklat jer as deko , tapi hubby kata tuk anta kedai buat la yang berwarna-warni sket ... so , ni la hasil deko ita . Ni ita wat ni kul 10.00 malam ... macam biasa, suasana tenang senang idea nak mai ...

Tuesday, May 13, 2008

Strawberry Cupcakes

Ini projek cuppies ita untuk hari ini. Ini bukan tempahan sesiapa, tapi memang ita hantar kat kedai makan ... mana lagi kalau tak Hidangan Ummi, kat rumah ita tu ... ita anta dua hari sekali atau kalau habis cepat hari-hari la ... tapi setiap kali anta tak banyak .. paling banyak pun dalam 25 pcs ... ikut resepi lah ... ada resepi leh dapat lagi lebih,lebih la anta ... actually baru last friday mula anta kat kedai ... hari ni ita buat strawberry flover cupcakes ... tak guna strawberry betui, guna jelly pun okey gak kan !


Yang kat bawah ni hat belen-belen, tuk makan sendiri ...

Monday, May 12, 2008

New Menu ! Coming Soon

Hi semua ! semalam celebrate mother's day kat mana ? Semalam pagi ita pegi menuntut ilmu membuat cupcake dan muffin di yummie ... belah petang lak, kawan buat birthday party anak dia cum mother's day celebration kat Cyberjaya ... thanks to host , Azreena.

Ni lah chef yang mengajar semalam ... namanye Chef Alan Ooi


Okey. No. 1 - Lemon CupcakeNo. 2 - Mint Chocolate Cupcake
No. 3 - Cheese Cupcake
No. 4 - Marble Cupcake
No. 5 - Pumpkin Muffin
No. 6 - Chicken Floss Muffin
No. 7- Blueberry Muffin
N0. 8 - Apple Muffin

Gambar-gambar lain ada di http://permata-hati.fotopages.com

Saturday, May 10, 2008

Mother's Day Cupcakes

Ni tempahan dari restoren Hidangan Ummi kat rumah ita tu ... ni buat malam tadi ... design ni customer yang mintak ... dia nak yang simple tapi bermakna ... ita suka deko kek malam-malam kot ... sebab beza ita rasa kalau deko masa siang ngan malam ... maybe sebab bila malam suasana sunyi, so rasa tenang sikit .... anak-2 pun dah tidur. Tak banyak gangguan ...

Apa pun SELAMAT HARI IBU kepada semua pelawat ita yang bergelar ibu ....



Birthhday Cupcake

uNi tempahan dari kawan biras ita untuk birthday anak dia yang ke 11 tahun ... girl named Fatiha. Happy Birthday Fatiha ... Tak tau kenape semalam lukisan ita tak menjadi ... idea pun tak mai ... ni jer ...

Tuesday, May 6, 2008

Cupcakes With Buttercream & Chocolate Topper

Ini adalah contoh cupcakes yang di deko dengan chocolate. Coklat yang bulat tu adala bentuk bintang zodiak. Sesuai untuk birthday cupcakes. Yang satu lagi bentuk huruf roman. Bentuk-bentuk lain coming soon. Tengah cari Chef Tan See Fong nye acuan chocolate.


Sunday, May 4, 2008

Pembantu Baru Ku

Inilah pembantu baru ita ... baru dapat semalam. Hadiah ulangtahun perkahwinan ita yang ke 10 daripada suami tercinta ...

Pembantu setia ku yang comel dan telah banyak menabur jasa selama usia perkahwinan ku 10 tahun ... ia adalah hadiah perkahwinan ... tapi tak ingat sape yang bagi ... apa pun jasa mu tetap ku kenang ... akan ku gunakan mu juga ... tak kan ku biarkan mu tersimpan di dalam kabinet sahaja ... insya Allah ...

. : Menu & Harga For Cupcakes : .

MENU
  • Vanilla Cupcakes
  • Chocolate Moist Cupcakes (**Highly Demand)
  • Marble Cupcakes
  • Orange Cupcakes
  • Pandan Cupcakes
  • Carrot Walnut Cupcakes (** Highly Demand)
  • Red Velvet Cupcakes (*New)
FILLING
  • Chocolate Chip
  • Almond
  • Strawberry / Blueberry
TOPPING FOR CUPCAKES ...
  • Buttercream
  • Chocolate Ganache
  • Cream Cheese (*suitable with carrot walnut cupcakes & red velvet)
SAIZ DAN HARGA ...


1) Small - 5 cm (W) x 3 cm (H) (2 oz Souffle Cup)

  • 16 pcs / box = from RM45.00 (RM55.00 - Carrot Walnut & Red Velvet Set)
  • 25 pcs / box = from RM65.00 (RM75.00 - Carrot Walnut & Red Velvet set)
  • 36 pcs / box = from RM80.00 (RM95.00 - Carrot Walnut & Red Velvet set)

2) Medium - 5.5 cm (W) x 3.5 cm (H) (2.5 oz Souffle Cup)

  • 16 pcs / box = from RM55.00 (RM65.00 - Carrot Walnut & Red Velvet Set)
  • 25 pcs / box = from RM85.00 (RM95.00 - Carrot Walnut & Red Velvet Set)
  • 36 pcs / box = from RM110.00 (RM120.00 - Carrot Walnut & Red Velvet Set)

4) Supermini (Paper Cup) - Budget Wedding Doogift = RM2.00 per pcs
* price inclusive casing

* Noted : -

  • harga di atas adalah untuk simple deko , untuk fondant (figurine/hantaran) sila hantar email.
  • tambah RM0.30 - RM2.00 untuk bekas individu @ plastic casing
  • tambah RM1.50 - RM2.00 per pcs untuk edible image
MENU & HARGA CHEESE TARTLETS

Blueberry Cheese Tart
  • set 25 pcs / box = RM35
  • set 36 pcs / box = RM45
Fruit Tart
  • set 25 pcs/box = RM55
  • set 36 pcs/box = RM65

Harga-harga di atas akan berubah dari semasa ke semasa ...



NO DELIVERY !!!! .... seLf piCk-uP onLy ....




Friday, May 2, 2008

Birthday Cake & Anniversary / Muffin

Hari ni, 2 Mei , hari ulangtahun perkahwinan ita yang ke 10. So, kebetulan semalam adik-beradik belah suami datang, we all buat makan-makan keluarga untuk birthday boy, untuk 2 orang anak buah ita dan untuk ita dan suami sekali. Tak sempat nak mendeko , sebab sume adik-beradik pun dah sampai ... petang ari rabu ari tu baru je tanya kak ana camne nak buat frosting guna whipping cream, so masa ni la nak mencuba ... ita saje tak ratakan frosting tu ... nak buat ala-ala Martha Stewart ... tak sempat lagi nak gi celebrate ita anak-beranak ... plan nak gi outing esok ...

Dan pada pagi ni jugak ita menyiapkan 100 biji muffin yang di tempah oleh restoren ummi, di saujana impian (dekat ngan rumah ita jek ..) lepas anak yang sulung gi sekolah, ita pun dah memulakan kerja mengadun tepung ... nasib baik nak muffin jer ... kalau cupcakes tak sempat nak mendeko sebab kena hantar sebelum pukul 11.00 pagi ... muffin ni owner restoren nak sedekah ... alhamdulilah ... semuga dimurahkan lagi rezeki ... amin
Sebenarnya terlupa nak ambik gambar masa baru kuar dari oven ... kalau tak lagi cantik tersusun ... yang ni terlebih ... nasib baik ada gak gambar kan !

Birthday Cake

Kek ni di tempah oleh kawan kepada biras ita yang ita pun lupa nak tanya nama ... untuk anak perempuannye bernama Nurin Adriana yang menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke 4 pada 2 Mei. Mama Nurin kata tak kisah gambar apa, janji sesuai untuk budak perempuan yang berumur 4 tahun ... so ita pilih la Dora. Harap Nurin suka dengan pilihan anak auntie ita, Nadia ye !

Cupcakes Hantaran

Cuppies di tempah oleh Shana untuk majlis pertunangan adik beliau pada 1 Mei. Tema hitam dan putih.