Friday, November 21, 2008

. : SeLAmat HaRi LahIR Mak Abah (8.11.08) : .

Inilah dua orang insan yang telah membawa ita ke dunia ini, mak dan abah. Selamat menyambut hari lahir yang ke 59 buat mak dan abah. Hari lahir mak jatuh pada 5 November 2008. Maaf mak tak dapat balik masa tu dan tak dapat belikan hadiah untuk mak. Apa pun hadiah yang paling bermakna buat mak dan abah bila pada tarikh 5 November , mak dan abah terima surat dari Tabung Haji. Alhamdulillah. Tercapai hasrat dan cita-cita mak dan abah untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini. So, sekarang ni pun mak dan abah dah pun berada di Makkah. Hari lahir abah jatuh pada 16 Disember 2008 dan nampaknya sambut di sana la. So, we all sambut awal di malaysia. Ita buatkan mak dan abah, Raisin Walnut Cake tanpa topping.

. : HigH sChooL MusiCaL (8.11.08) : .

Bila dapat email dari aiza nak kek ada langsir yang bertemakan High School Musical, dah terbayang dah nak wat lebih kurang camni ... ita pun happy bila Aiza suke kek ni ... macam comment aiza dalam shout box, thank you so much for the compliments ... ita pun happy bila customer happy ... dan kepada sesiapa yang perlukan khidmat jurugambar boleh lawat FP Aiza di http://izaown.fotopages.com




. : Yellow , Blue and Pink (7.11.08) : .

Kak Niza dan rakan-rakan ode untuk rasa ... sume chocolate moist cupcakes + chocolate ganache. ita deko dengan 3 tema warna yang berlainan.


. : HapPy BirThdaY AmMaMa (7.11.08) : .

Kapkek ni di ode oleh kawan kepada Mazlina. Set S 20 pcs/box - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. Kawan Mazlina ni india, Ammama bermaksud 'mak' or 'nenek'.

. : ThoMas & SpoNge Bob (7.11.08) : .

Di ode oleh Sue IUB untuk anak buah. Bertemakan kartun utk bebudak lelaki ... yang Sponge Bob tu ita lukis muka jer ... Sue ode Set S 50 pcs + casing - Chocolate Moist Cupcakes + Buttercream


. : GirL & WoMen Favorites (7.11.08) : .

Kak Izai ode untuk anak perempuan kak izai, untuk makan-makan je ... sebab tak puas makan masa birthday hubby kak izai aritu ... thanks kak izai for the compliments ... ita pun puas bila customer suka ngan kapkek dan puas hati dengan hasil 'seni' ita ni ... thanks again kak izai ... for the next ode ita akan cuba wat deko yang lain lak ye ...

. : Sambutan Hari Kanak-Kanak SKSI 2 (6.11.08) : .

Kapkek ni untuk anak ita sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah dan juga jamuan perpisahan bagi tahun persekolahn 2008. Set yang pertama ni Supermini 36 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache. Untuk Nadia dan teman-teman sekelasnya.
Set kedua , S 20 pcs/box - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache. Untuk guru-guru kelas sebagai tanda terima kasih.

Tuesday, November 11, 2008

. : Smart Reader Open Day (2.11.08) : .

Kak Jehan ode 200 pcs kapkek untuk Smart Reader Open Day di Prima Saujana pada 2 Nov. 100 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache dan 100 pcs - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese. Majlis mula jam 10.00 pagi - 9.00 malam, tapi kapkek habis dalam pukul 3.00 petang. Alhamdulillah. Thanks Kak Jehan.







. : Al-Munawwarah (30.10.08) : .

Majlis Sambutan Hari Raya oleh persatuan Al-Munawwarah , Impian Gemilang, Saujana Impian. 5 orang ahli berkongsi mengadakan majlis penutup bulan syawal untuk ahli-ahli lain Al-Munawwarah. Hi hi hi ... ita dulu ahli gak, pas bersalin anak no 3 dah tak join ... banyak aktiviti menarik, tapi nak buat camno, sapa nak jaga anak kalau sibuk berpersatuan lak ... kak Aishah sebagai hos aka tuan rumah ode Carrot Walnut Cake + Cream Cheese.

Yang ni untuk majlis sehari sebelum kat rumah ahli yang lain ... kalau tak silap la ...

. : Terima Kasih Cikgu ! Aqil (30.10.08) : .

Azah dari BAN ode kapkek untuk cikgu-cikgu sekolah aqil sebagai tanda terima kasih mendidik sepanjang tahun ni ... deco yang simple ... hanya ucapan je ... untuk mencantikkan kapkek ita wat tulisan berwarna warni ... Azah ode 2 set, 1 set S 25 pcs/box - Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese dan 1 set S 25 pcs/box - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache


. : Bola, BMW, Honda, Masjid (29.10.08) : .

Kak Izai ode kapkek untuk majlis hari lahir suami kak izai yang ke 40 tahun. Kak izai minta ita lukis bola sepak, logo keta BMW & Honda (macam tak jadi sangat kan !) masjid ... Selamat Hari Lahir kepada suami kak izai. Seronok ita dengar bila 'bufday boy' suke kapkek ni .... Kak izai ode 1 set S 25 pcs/box - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache & Carrot Walnut Cupcakes + Cream Cheese ( yg tgh-2 9 pcs tu, yg tepi choc moist)

. : POSCO MALAYSIA (29.10.08) : .

Di tempah oleh Ziana, BAN 1 set S 20 pcs/box - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache

Tuesday, November 4, 2008

. : Birthday Cuppies (28.10.108) : .

Cuppies ni di ode oleh Amrit dari Jenaris, Kajang untuk surprise kan her cousin. Amrit ode set S 20 pcs / box - Chocolate Moist Cake + Chocolate Ganache

. : Ronaldo and Ultraman Tiga (27.10.08) : .

Kek ni di ode oleh bekas rakan sekerja ita dulu ... selalu kitaorang berbual di alam cyber je ... ita pi blog dia , dia pi blog ita ... tup ... tup ... dapat tipon dari Rohaya aka Kak Aya . Hah ! ita dah dok agak dah kalau tipon ni mesti ada apa-apa ni. Iya la ... nak oda kek dari ita la ... kata kawan ita ni ... pas tu kak aya habaq anak dia nak kek gamba Cristiano Ronaldo sedang mengelecek bola ... alamak !!! lagu tu ka !!! camna nak lukis kak aya oiii .... susah tu ... oleh kerana saiz kek yang kecik (8" ... sebab oda 2 biji takut tak habis) dapat lukis jersi Ronaldo ja ... yang minat Ronaldo ni anak yang sulong, nama dia Ammar. Sebaya ngan anak ita yang sulong gak, 9 tahun. Yang hat ni Chocolate Moist Cake + Chocolate Ganache
Yang ni gamba Ultraman Tiga ... okey lagi leh tekap ikut dalam buku mewarna Nabil ... masa nak lukis ni, Nabil dah tido .... main teka ja gambar ultraman ni ... kan ultraman ada banyak jenis ... bebudak ni ja yang kenai ... sib baik betui ... siap nak gambar yang ada api-api ... ti dia ... macam-macam bebudak ni .... yang hat ni lak Strawberry Flavor Butter Cake + Buttercream

. : Barbie lagi ... (27.10.08) : .

Terima kasih sekali lagi untuk kakak ita kerana turut sama membantu menyiapkan ode kali ini. Kali ni di ode oleh Kak Suzana untuk majlis hari lahir cum open house raya. Kak Su ode 2 biji kek dan 120 biji kapkek. Tema 'Pink' & 'Blue'

S 60 pcs - Vanilla Cupcakes + Buttercream

S 60 pcs - Chocolate Moist Cupcakes + Chocolate Ganache
9 " Strawberry Flavor Sponge Cake with Strawberry filling + Buttercream.


Yang ni untuk yang bongsu, Chocolate Moist Cake + Chocolate Ganache. Tema Barbie dan warna 'Pink' & 'Blue'