Friday, October 31, 2008

. : FarEWell DiNner (22.10.08) : .

Kek ni tak di tempah oleh sesiapa, tapi ita buatkan khas untuk sahabat baik ita , Kak Ani yang akan mengikut suaminya bertugas di Sarawak. Syok dapat berjalan je kak Ani ni ... dulu duduk kat Sweden 4 tahun. Dapat gak ita jejak kaki ke sana. Kali ni gi Sarawak , leh la ita pegi jugak ... tunggu kedatangan kami ke sana ya ! So, sempena hari lahir kak Ani dan Abang Joe bulan Oktober ni, ita buatkan Carrot Walnut Cake + Cream Cheese. Trademark kek ita ni ialah yang bahagian tepi tu ita tempek-tempek kan jer cream cheese tu ... asyik rata jer ... boring la. Selepas entry ni akan dapat tengok kek ita akan di deko lebih kurang cam ni ... hi ... hi .. hi ... kecuali kek untuk hantaran kenalah wat cantik-2 dan rata ...
Yang ni untuk anak-anak kak ani yang ita pun sampai dah terlupa camne eja nama anak-anak kak ani ... dulu masa kat sweden selalu berutus email ... dah duk dekat ( kat bangi) jarang-2 tipon ... la ni dah duk kat Sarawak ... anak kak ani 4 orang perempuan , Natasha, Nadhira, Adrina dan Sofea. Yang Sofea lahir di Stockholm, Sweden. Ita buatkan S 20 pcs/box - ChoCoLate MoisT CupCakes + ChoColate GanaChe