Salam semua ... maaf coz dah lama sangat dah sambung cerita tentang course wilton ni ... sibuk betul lepas kelas ari tu ... sampai ari ni pun curi-curi masa jap nak sambung cerita ... (coz hubby dah bising suruh cepat-2 apdet ... nanti followers boring lak ... hik hik hik ...) tapi ita tunjuk semua gambar-2 ni bukan nak menunjuk ya, cuma sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman dengan anda semua mana tahu lebih ramai lagi berminat nak mengikuti kursus di Wilton nanti ... okey ... gambar bawah ni - Wilton Method Decorating Course Certificate (completed course 1, 2 and 3)










bergambar kenangan bersama Rosalin dan Vivian



Rosalind tengah asyik menyiapkan deco untuk salah sorang pelajarnye ... huk huk huk ... itanye kek tak sempat pun nak mendapat sentuhan Rosalind ... mana taknye, mana sempat dia nak sentuh semua 24 orang pelajar dalam masa setengah hari kan !!! tak pe lah ... sib baik ada kengkawan ...

hu hu hu ... kek ita masuk TV la ... kek yang depan sekali kek Kak Lea, kedua kek Rani, ketiga kek Ita yang kanan sekali kek kak Farah ... yang belakang kek ita, Izan punye ...



gambar ni di ambil pada waktu pagi sebelum kelas bermula ... muka masih fresh ...

(alamak ter'delete' lak gambar ita reramai tu ... tak pa lah ya ! sume dah tengok kan !!!)
Okey ... tamat dah cerita ... target ita lepas ni nak amik WMI pas tu nak sambung Diploma lak. Insya Allah ... Amin
*** P/S : lupa ita nak ucapkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta tentunya kerana dengan sokongannya ita dah sampai tahap ini. Terima kasih sudi menguruskan anak-anak selama ita berkursus ini, sentiasa menemani ita menyiapkan tempahan hingga lewat pagi ... dan kadang-kadang turut membantu menyiapkan tempahan ... terima kasih menyokong dan memahami minat ku ini ... terima kasih dear hubby ...