Wednesday, December 16, 2009

Special Announcement


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada semua pelanggan serta pengunjung tetap GDM @ 'Follower'.

Di sini ita ingin memaklumkan bahawa GDM tidak dapat menerima sebarang tempahan bermula dari 15 Disember 2009. Ini kerana ita bakal melahirkan bayi pada bulan Januari akan datang. Insya allah, GDM akan mula mengambil tempahan selepas habis tempoh berpantang @ betul-betul sihat.
Insya allah ... bulan Mac la kot ... hik hik hik


Sempena tahun baru yang bakal tiba, ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan GDM dan ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah faham di dalam urusan jual beli sepanjang tahun ini. Terima kasih juga di ucapkan kepada semua pengunjung tetap @ 'follower' yang setiap hari sudi singgah di blog GDM ini.

Akhir kata, doakanlah ita selamat melahirkan bayi ita ini
dan terima kasih kepada yang telah mendoakan.


* p/s : jangan risau ya ! ... ita bukan nak tutup kedai terus ... cuma cuti sementara ... ita juga akan sentiasa meng'update' segala cerita atau perkembangan di blog ini ...

Wassalam ...