Monday, March 1, 2010

'' Pengumuman ''

As salam kepada semua pengunjung GDM ...

Alhamdulillah , sudah 1 bulan 9 hari umur Idlan Nazriel dan sudah hampir tamat tempoh berpantang ... kami berdua sihat ... syukur pada mu Ya Allah ... dengan berkat doa dari kalian semua.

Hampir 3 bulan ita bercuti, malah dah ramai yang bertanya "bila ita mula ambil tempahan ?" ... hi hi hi ... yang bestnya, masa ita dalam labour room pun ada dapat sms yang tanya bila ambil tempahan ... hi hi hi ...

So, GDM akan mula menerima tempahan untuk bulan April ...

Pengumuman kedua, ruangan message @ Cbox, terpaksa ditutup sementara kerana ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan yang ada . Sebarang pertanyaan, boleh anta sms ita terus di 019-2354176 atau kalau nak tanya yang panjang lebar sila email terus di gulamentega@gmail.com ya !


Terima kasih.