Sunday, October 12, 2008

. : IUB Hari Raya Gathering (8/10/08) : .

Hah ! ini tempahan cuppies yang buat ita tak tidur malam ... nak menyiapkan deko untuk 500 pcs cuppies dan menyiapkan 2 biji kek fondant yang bersaiz 14" begitu mencabar ... nasib baiklah kakak, sepupu dan suami turut membantu. Terima kasih along , atie and sayang.

IUB mengadakan Majlis Hari Raya pada 8 Oktober. Hari isnin dah mula membakar kapkek. 250 pcs ChoCoLAte MoIsT CupCAkes with ChOc GanAche. Deko logo IUB ...



Yang 250 pcs berikut, CaRrot WaLNut CupCaKes With CreAm CheEse, tema hari raya, ketupat la paling senang ...




Hah ! ini paling mencabar ... kali pertama buat kek sebesar 14" ... puas bertanya sana sini camne nak wat kek sebesar 14" ni ... thanks to Kak Zati ... kerana sudi memberi tunjuk ajar ... emm ... idea nak mendeko banyak kat kepala ... tapi ntah kenapa tak nak kuar lah plak ... mungkin di sebabkan badan dah penat sangat . Masa mendeko ni dah pukul 2.00 pagi ... nak menguli fondant satu hal ... nasib baik lah suami ku ringan tulang membantu. Mencabar betul masa nak menyalutkan fondant ni ... 2 kali kami menguli ... ini lah kesudahannya ...


Yang ini kek fondant yang kedua ... juga tak dapat nak mencurahkan idea banyak kerana masa dah suntuk ... kapkek masih banyak lagi nak di deko. Sepupu dah tidur jam 11.00 malam sebab dia masih bersekolah. Tinggal kakak ita jer mendeko ... yang jadi lambat sebab nak melukis dan menulis satu persatu kapkek tu ... Sebenarnya tak berapa puas hati, sebab simple sangat deko ni ... tapi nak buat camne kan ... tak cukup masa ... nasib baik IUB puas hati dan suka ... siap kata sayang nak potong ... kek yang kedua ni memang suami ita wat sorang ... masa ni kakak ita dah balik, so ita sambung lukis kapkek ...

Kapkek yang sedia untuk di deko ...


Yang sebelah kiri tu kakak ita dan yang sebelah kanan sepupu ita. Dorang datang lepas zuhur ... masa tu lum mula mendeko lagi ... masa ni ita masih sibuk membakar kek lagi ...

Ni muka orang dah penat ... cian along ... ingat dapat siap sebelum kul 12.00 malam dan nak balik Sg Buloh malam tu ... tapi kerana kesian kat ita, dia teruskan gak sampai terlupa nak tipon mak ... akhirnya kakak ita balik pukul 5.00 pagi ... di sebabkan sepupu ita tu sekolah , kalau tak tunggu sampai siap ... minggu ni memang penat betul ... dari sebelum puasa tu tak berhenti membakar kek, masa raya pun tak dapat rehat betul ... pegi beraya ke rumah sanak saudara ... tahun ni pun tak dapat tolong mak masak, sebab petang raya masih kat kajang mengemas rumah. Ampun mak ... nasib baik mak memahami.