Thursday, March 12, 2009
.: Intensive Wilton Method Decorating Course :.
Salam semua ... maaf coz dah lama sangat dah sambung cerita tentang course wilton ni ... sibuk betul lepas kelas ari tu ... sampai ari ni pun curi-curi masa jap nak sambung cerita ... (coz hubby dah bising suruh cepat-2 apdet ... nanti followers boring lak ... hik hik hik ...) tapi ita tunjuk semua gambar-2 ni bukan nak menunjuk ya, cuma sekadar nak berkongsi cerita dan pengalaman dengan anda semua mana tahu lebih ramai lagi berminat nak mengikuti kursus di Wilton nanti ... okey ... gambar bawah ni - Wilton Method Decorating Course Certificate (completed course 1, 2 and 3)
Apron yang telah ditandatangani oleh Principal ICCA dan Instructor, ROSALIND CHAN (dah siap basuh dan simpan ...)
gambar sijil dan kek yang di deko semasa kursus ...
gift box fondant cake or ribbon cake (dah semakin yakin nak menyalut fondant ke atas kek)
3 tier wedding cake ... dah lebih yakin nak wat tier cake ni ... terima kasih kepada Norizan @ Izan dari Johor Baharu kerana telah membantu ita menyusun aturkan bebunga untuk 3 tier wedding cake ini dan Tahniah ita ucapkan kerana telah menjadi salah seorang Wilton Method Instructor (insya allah next target ita lepas ni untuk menjadi salah seorang "WMI") dan terima kasih kepada kengkawan, Rani, kak Nina dan sorang lagi yang ita terlupa nama, atau kepada sesiapa pun kat kelas tu ya , yang telah memberi 'bunga-bunga' kepada ita (tak cukup so kena minta kat kengkawan ... hik hik hik ... )
akhirnya ... setelah penat , kelam kabut dan emmm .... etc ... selama 3 hari berturut-turut, ita dah memperolehi Sijil dari Wilton. Thank you so much to Rosalind for sharing good info and tips during the course ... looking foward to see you again in WMI dan Squire Kitchen Diploma ... masih teringat bunyi alarm clock Rosalind ... hi hi hi ... rasanye semalam dia dah balik Toronto ...
bergambar kenangan bersama Rosalin dan Vivian
hanya sempat snap gambar masa hari pertama kursus ... masa ni masa memperkenalkan diri ... hi hi hi ... yang kat belakang tu Adlina, pembantu Rosalind jugak yang banyak membantu kami semasa di kelas ... Thank you Adlina ... baik sangat orangnye ... tak sempat nak berborak panjang masa kelas, tapi isnin ari tu jumpa kat ICCA masa beli barang, sempat la beramah mesra ...
waktu pagi sebelum kelas bermula pada hari ketiga ....
Rosalind tengah asyik menyiapkan deco untuk salah sorang pelajarnye ... huk huk huk ... itanye kek tak sempat pun nak mendapat sentuhan Rosalind ... mana taknye, mana sempat dia nak sentuh semua 24 orang pelajar dalam masa setengah hari kan !!! tak pe lah ... sib baik ada kengkawan ...
hu hu hu ... kek ita masuk TV la ... kek yang depan sekali kek Kak Lea, kedua kek Rani, ketiga kek Ita yang kanan sekali kek kak Farah ... yang belakang kek ita, Izan punye ...
gambar ni di ambil pada waktu pagi sebelum kelas bermula ... muka masih fresh ...
(alamak ter'delete' lak gambar ita reramai tu ... tak pa lah ya ! sume dah tengok kan !!!)
Okey ... tamat dah cerita ... target ita lepas ni nak amik WMI pas tu nak sambung Diploma lak. Insya Allah ... Amin
*** P/S : lupa ita nak ucapkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta tentunya kerana dengan sokongannya ita dah sampai tahap ini. Terima kasih sudi menguruskan anak-anak selama ita berkursus ini, sentiasa menemani ita menyiapkan tempahan hingga lewat pagi ... dan kadang-kadang turut membantu menyiapkan tempahan ... terima kasih menyokong dan memahami minat ku ini ... terima kasih dear hubby ...